Saturday, October 5, 2013

Salah seorang pesakit ''SLE''


google..



Sebenarnya ana  juga slah sorg peskit SLE..tahun ni genap 8tahun sya bersama Mr Sle...kehadiranya tanpa diketahui...dan kehadiranya juga mengubah segala-galanya...ana xrsa ini  stu bebanan tetapi ini stu anugerah istimewa dr Allah..mmg ada hikmah yg tersembunyi yg Allah simpan untuk ana...
 
Tanda2 yg ana alami sakit sendi yg bpnjgan,rambut gugur,loya bila bau mknan bergoreng...pergi jmpa dktor,xdpat dshkan..dpat surat sbln lg tuk jmpa pkar..tp sblm smpai msa ana dh skit truk..dmam pn smpai mata xnampak dh..bla bediri nmpak kuning ja dunia..

Bila dh teruk sngat2 ayah bwa g hospital..ambil ujian darah & air kencing...result air kncing teruk...ana kna admit ward...2minggu lpas msuk hari2 kna ambil darah n tuk pengesahan drah antr kt private lab..dpat result kta ada SM antibody..42 hari duduk dalam ward..

Doktor dignosis ana SLE under "Lupus Nephritis,Pericarditis & Cerebral lupus"....Apa smua ni?..
Lupus nephritis sdah menyerang buah pinggang..Pericarditis tlah menyerng jantung..jantung sudah berair...Cerebral lupus telah menyerang otak...sbb pnah kna sawan 6 kali dlm satu hari & tidak sdarkn diri..

Alhamdulillah Otak dh okey,jantung pn air dh kurng..apoimnt sal otak n jantung pn dh discaj..skrg focus on buah pinggang..

Kehidupan skrg terhad skit sbb xbleh wat bnyak keje..cpat penat...sbb buah pinggang dh dua2 rosak dan perlu mnjalani  haemodialisis tuk truskn kehidupan.... 

Tuesday, September 17, 2013

Apa itu SLE?..





Assalamualaikum…korang pe khbar?..shat?..Alhamdulillah klo shat…klo x shat jmpa doctor n jngan lpa mkn ubat tau..hope korang cpat smbuh…sori lmbat post pe2 sbb lappy ksyangan ada problem n kna antar kdai..

Hari ni nk kongsi dgn korang stu penyakit yg dh lma tp masih ramai yg tidak tahu mengenainya..Iaitu ‘’SLE”..kt Malaysia msih ramai xtahu..segelintir yg tahu dsbbkn ia mengidapnya,keluarga atau kwn2..penyakit ini  menyerang tanpa mengira peringkat umur..Jom kenal dgn Mr.Sle..hehe..:)

*Apa itu Sle??..

SLE ialah Sistemik lupus eritematosus atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:

Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

·         Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.


·         Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

*Gejala SLE
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:
·         Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
·         Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
·         Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
·         Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
·         Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
·         Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
·         Sawan, strok dan gangguan mental
·         Risiko untuk mendapat darah beku
·         Kerap keguguran bayi
·         Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
·         Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

*SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:
Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

FAKTA..

·         Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
·         Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
·         Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

Okey,sampai d sini saja utk arini..len kali jmpa lg…
-Salam-



Tuesday, August 20, 2013

Salam Perkenalan....blog baru!!..;)



       


             


  Assalamualaikum,semua...saya Farhana Md Rosli...ini blog baru saya..blog yg lama terpaksa d delete sbb masalah teknikal yang tak dapat dielakkan...harap blog ni bleh than la.. sekarang dalam proses nak bg cantik...bkan senang nak buat blog na...cm2 kna tambah spaya ag menarik...

  InsyaAllah melalui blog ni saya nak kongsikan ilmu dengan anda semua tentang resepi masakan,petua-petua  umum dan kecantikan. & mengenai kisah hidup saya.....harap korang dpt follow blog ni...>_<